Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umpan ayam mengena, buaya ditangkap

Anggota APM menangkap buaya di Kampung Tajau, Tuaran, tengah malam tadi. – Foto Recqueal Raimi

 

TUARAN: Kebimbangan sebuah keluarga yang kerap melihat kelibat buaya sejak lebih seminggu lalu berakhir apabila reptilia itu mengenai jerat sebelum ditangkap di Kampung Tajau, di sini, tengah malam tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, reptilia berkenaan memakan umpan daging ayam yang dipasang penduduk, Junqadre Saidin, 36.

Junqadre berkata, dia menggunakan umpan daging ayam yang disangkut pada mata kail sebesar genggaman tangan dan mengikatnya di bawah titi laluan ke rumahnya.

“Buaya ini kerap kelihatan di kawasan bakau terutama berhampiran rumah dan ini menyebabkan kami sekeluarga risau keluar rumah atau menangkap ikan,” katanya ketika ditemui NSTP.

Beliau berkata, buaya itu sebenarnya mengenai umpan kelmarin, namun terlepas kerana ia terlalu agresif hingga laluan titi bergegar selepas reptilia itu berhempas pulas untuk melepaskan diri.

“Kami tidak pasti sama ada masih terdapat reptilia sama di kawasan ini, namun kami sekeluarga dan penduduk lain sedikit lega buaya itu sudah ditangkap,” katanya.

Sementara itu, pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Unit Tuaran, Paulina Francis, berkata sebaik menerima panggilan jam 12.35 tengah malam, sepasukan anggota dihantar ke kampung berkenaan.

“Sebaik tiba, buaya itu didapati bertindak agresif, namun berjaya ditangkap sebelum operasi ditamatkan 20 minit kemudian.

“Buaya seberat 20 kilogram berukuran 3.5 meter itu diikat dan diletakkan dalam sangkar di pejabat APM sebelum dihantar ke Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) negeri,” katanya ketika dihubungi.

Pada 27 Mei lalu, Junqadre membuat aduan selepas melihat kelibat buaya yang membaham ayam peliharaan ketika memancing di halaman rumahnya. –¬†Oleh Recqueal Raimi/BH Online

Anggota APM menangkap buaya di Kampung Tajau, Tuaran, tengah malam tadi. – Foto Recqueal Raimi

Komen


Berita Berkaitan