Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMNO Zon 4 serah sumbangan

Musa (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan cek sumbangan dari Md. Nik Nadzri (kiri sekali)  kepada Masidi (kanan sekali)  bagi mengisi tabung bencana gempa bumi Ranau. - foto ihsan JKM
Musa (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan cek sumbangan dari Md. Nik Nadzri (kiri sekali) kepada Masidi (kanan sekali) bagi mengisi tabung bencana gempa bumi Ranau. – foto ihsan JKM

KENINGAU – Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran UMNO Sabah Zon Empat yang merangkumi Keningau, Ranau, Tenom dan Pensiangan di Masjid Al Dzilal Kampung Bayangan, di sini semalam.

Dalam majlis itu, Musa turut menyaksikan penyerahan cek sumbangan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Keningau, Md. Nik Nadzri Nik Zawawi kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun.

Ia merupakan sumbangan kepada mangsa gempa bumi Ranau pada 6 Jun lalu yang turut mengorbankan 18 nyawa pendaki dan malim gunung. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan