Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO Zon 1 Sabah teguh sokong kepemimpinan Najib

2:53pm 28/08/2016 Pak Roshan 200 views Berita Pilihan,Mutakhir,Politik
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Zon 1 Sabah di Dewan Tun Mustapha, Kudat, sebentar tadi. - Foto Edmund Samunting

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Zon 1 Sabah di Dewan Tun Mustapha, Kudat, sebentar tadi. – Foto Edmund Samunting

KUDAT: Empat UMNO bahagian di Sabah, iaitu Kudat, Kota Belud, Kota Marudu dan Tuaran hari ini menyatakan komitmen menyokong penuh kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Komitmen itu dinyatakan Ketua UMNO Bahagian Kudat, Datuk Bolkiah Ismail yang mewakili empat UMNO bahagian lain di utara Sabah itu dalam ucapannya sempena perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Zon 1 di Dewan Tun Mustapha, di sini sebentar tadi.

Majlis perasmian disempurnakan Najib dan turut dihadiri Ketua Menteri merangkap Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta tiga lagi ketua UMNO bahagian dari Zon 1, iaitu Datuk Seri Salleh Said Keruak (Kota Belud), Datuk Hajiji Noor (Tuaran) dan Datuk Wetrom Bahanda (Kota Marudu).

Bolkiah yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, berkata walaupun diasak serta berdepan pelbagai cabaran, Perdana Menteri kekal istiqamah dan komited memacu pembangunan negara di samping terus berusaha mengukuhkan kedudukan UMNO.

“UMNO Zon 1 di Sabah tetap setia ke hujung nyawa, kukuh dan tak goyah menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri untuk terus memacu pembangunan negara, di sebalik pelbagai cabaran,” katanya.

Bolkiah berkata, UMNO Zon 1 juga menyokong penuh kepemimpinan Musa sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi UMNO negeri yang banyak mengubah landskap pembangunan di negeri ini.

“Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi, kalau hari ini bubar (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri) kami di Zon 1 sudah bersedia kerana kami UMNO Sabah sentiasa kuat dan bersatu di bawah kepemimpinan Musa,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan