Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO Tenom Mohon Batalkan Cadangan Pembinaan Empangan Hidro Ulu Padas

6:42pm 10/09/2016 Pak Roshan 1039 views Keningau,Mutakhir,Tempatan
empangan hidroelektrik hulu terengganu empangan kenyir

empangan hidroelektrik hulu terengganu empangan kenyir

UMNO Tenom Mohon Batalkan Cadangan Pembinaan Empangan Hidro Ulu Padas

TENOM : UMNO Bahagian Tenom hari ini meluluskan usul meminta kerajaan agar membatalkan cadangan pembinaan empangan elektrik hidro Ulu Padas di sini yang dilihat akan memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada penduduk Tenom.

Ketuanya Datuk Rubin Balang berkata hasil kajian dan penelitian oleh bahagian itu menyimpulkan bahawa projek itu akan mendatangkan kesan terhadap alam sekitar dan penduduk tidak wajar dipindahkan kerana mereka sudah lama menetap di situ.

“Impak keburukan projek itu sangat besar berbanding kebaikannya. Oleh sebab itu UMNO Bahagian Tenom pada mesyuarat perwakilan pada hari ini membuat keputusan sebulat suara untuk mengusulkan supaya kerajaan menarik balik keputusan untuk membina empangan hidro yang kedua di Tenom ini,” katanya.

Rubin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai usul itu yang diluluskan pada persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tenom, di sini hari ini.

Pada Julai tahun lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyatakan cadangan pembinaan empangan hidro dwifungsi Ulu Padas dengan kos dianggarkan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion.

Menteri itu berkata, projek hidro dwifungsi itu untuk menjana tenaga dan sebagai kemudahan mitigasi banjir mampu menjana tenaga sehingga 180MW dan pada masa yang sama berupaya mengurangkan risiko banjir di kawasan mudah banjir, khususnya di kawasan hilir Sungai Padas iaitu di Beaufort.

Rubin berkata resolusi ini akan disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memohon projek itu dibatalkan.

Dalam pada itu, mesyuarat itu turut meluluskan usul untuk meminta kerajaan membina dua buah lagi sekolah menengah di daerah Tenom bagi menampung keperluan pendidikan penduduk daerah itu.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar ketika membentangkan usul itu turut mencadangkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) mewujudkan cawangan Institut Pendidikan Mara (IPMA) di Tenom untuk keperluan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di daerah itu serta daerah sekitarnya.

Menurutnya kewujudan institusi pendidikan seumpama itu juga bukan sahaja mampu memberikan pelbagai bentuk kemahiran kepada generasi muda tetapi juga berupaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di daerah pedalaman Sabah berkenaan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan