Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO Sepanggar lancarkan lebih 1000 JR

2:10pm 04/03/2017 Leolerry Lajius 46 views Kota Kinabalu,Politik,Tempatan

Jainab(tengah) mengambil gambar bersama JR sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: UMNO Bahagian Sepanggar lancarkan lebih 1,000 orang jentera Jalinan Rakyat (JR) pergerakan Wanita UMNO bahagian P. 171 Sepanggar, dalam satu majlis yang diadakan di sini, hari ini.

 

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Karambunai Datuk Jainab Ahmad Ayid, JR bukan sahaja menjalankan tugas ketika pilihan raya malah ia telah memainkan peranan dalam program kebajikan untuk membantu rakyat.

 

“JR bukan dikhususkan untuk pilihan raya sahaja malah ia turut terlibat dalam aktiviti kebajikan tetapi apabila menjelang pilihan raya JR akan lebih fokus menjalankan peranan sebagai jentera parti dan dalam masa yang sama tetap terlibat dalam aktiviti kebajikan.”

 

“JR juga akan menjalankan kolaborasi antara pemimpim masyarakat sebagai penghubung mencari langkah penyelesaian masalah yang dihadapi rakyat,”katanya ketika ditemui media sempena majlis pelancaran berkenaan.

 

Jainab turut menyatakan lebih 1,000 jentera JR UMNO bahagian Sepanggar yang akan terbabit sebagai jentera menjelang pilihan raya.

 

Sementara itu, menurut Pemangku Ketua UMNO Sepanggar Datuk HJ. Yakub Khan, JR memainkan peranan penting dalam pilihan raya dan pelancarannya dalam majlis berkenaan merupakan satu langkah permulaan sebelum sayap parti yang lain dilancarkan.

 

“Pelancaran JR ini, merupakan satu platform bagi kita membantu kemenangan buat Barisan Nasional (BN),”katanya sambil menambah JR akan menjalankan tugas di kawasan-kawasan sasaran.

 

Beliau turut menyatakan, UMNO amnya dan BN khususnya yakin akan menang dalam pilihan raya akan datang.-Oleh Leolerry Lajius /SayangSabah

Yakub ketika ditemui media sempena majlis berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan