Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,687

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Umno Semporna Yakin Mampu Pertahan Kerusi Parlimen Dan Tiga Dun

6:08pm 27/08/2016 Pak Roshan 753 views Mutakhir,Politik

umno

SEMPORNA : UMNO Bahagian Semporna yakin mampu mempertahankan kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen kawasan itu pada Pilihan Raya Umum akan datang, kata pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran.

UMNO Semporna masih kuat dan utuh manakala barisan kepimpinan UMNO yang baru dilantik hasil gabungan pemimpin lama-baharu mampu untuk membawa parti terus di landasan yang betul serta memberi kemenangan kepada UMNO dengan skor 4-0, katanya pada program bersama ketua-ketua cawangan UMNO bahagian berkenaan di sini hari ini.

Nasir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Senallang, berkata jentera UMNO Semporna akan bekerja keras memenangi hati rakyat dengan turun padang bertemu penduduk setiap kampung bagi memberi penjelasan terperinci mengenai isu semasa agar penduduk tidak terkeliru.

Pada masa sama, katanya, kredibiliti barisan pemimpin UMNO Semporna yang baharu tidak perlu dipersoal kerana semuanya memiliki pengalaman dan pengetahuan masing-masing dalam parti.

Mengulas mengenai anggota parti yang disifatkan sebagai ‘musang berbulu ayam’, Nasir berkata perkara seperti itu telah wujud sejak dahulu dalam mana-mana parti.

“Itu memang lumrah, di mana-mana sahaja tetapi apa yang penting kita berazam untuk bersama-sama memastikan UMNO terus kuat dan jangan memikirkan perkara remeh-temeh,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan