Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,687

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO Sabah tak terjejas dengan tindakan Shafie

5:43pm 04/07/2016 Pak Roshan 1447 views Mutakhir,Politik
PENGARAH Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan.

PENGARAH Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan.

KOTA KINABALU: UMNO Sabah tidak akan terjejas dengan tindakan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal keluar UMNO.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata ini kerana sokongan rakyat negeri itu adalah kepada parti dan bukannya mana-mana individu berkepentingan.

Beliau berkata, UMNO Semporna yang sebelum ini dipimpin Mohd Shafie masih berfungsi dan akan diperkukuhkan lagi dengan barisan kepimpinan yang lebih mantap dan mengambil berat kepentingan rakyat.

“Keputusan Mohd Shafie keluar UMNO tidak memeranjatkan sama sekali kerana ia memang dijangka. Selama ini pun gerakan dia memudaratkan parti.

“UMNO bukan kuat kerana individu tetapi kerana misi perjuangannya. Pemimpin datang dan pergi. Yang tinggal ialah perjuangan,” katanya dalam maklum balasnya menerusi Twitter beliau berhubung pengumuman Mohd Shafie keluar UMNO, hari ini.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata sejak dahulu lagi UMNO bersedia berdepan dengan sesiapa saja yang cuba memudaratkan parti.

Pagi tadi, Mohd Shafie mengumumkan keluar parti ketika Program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Semporna.

Akhir bulan lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung keahlian Mohd Shafie yang juga Naib Presiden UMNO dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas menerima laporan daripada Jawatankuasa Disiplin parti.  – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan