Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umno Sabah siasat dakwaan warga asing jadi ahli

Salleh_Said_Keruak_umno_onlineKOTA KINABALU – Badan Perhubungan Umno Sabah akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan terdapat warga asing yang menganggotai Umno di negeri ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Salleh Said Keruak (gambar) berkata, Umno tidak akan melindungi dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak atau ahli yang didapati terbukti bukan warganegara Malaysia.

“Jika bukan warganegara Malaysia, sudah tentu individu terbabit tidak berhak untuk menjadi ahli Umno,” katanya ketika ditemui pemberita selepas berucap di Forum Pemerkasaan Integriti di Auditorium Kompleks Perntadbiran Persekutuan di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, terdapat juga warga asing di negeri ini yang telah mendapat status warganegara Malaysia melalui proses undang-undang sah negara ini.

“Yang salah ialah warga asing yang mendapat status warganegara melalui jalan singkat dengan menggunakan kad pengenalan palsu,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau menyampaikan ceramah bertajuk Cabaran Integriti Pada Masa Kini pada forum yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM). – Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan