Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMNO Sabah Raikan Jubli Perak 22 Feb – Musa

musa

KOTA KINABALU : UMNO Sabah akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-25 penubuhan parti itu di negeri ini di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri pada 22 Feb depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata sambutan secara sederhana itu akan disertai semua 25 bahagian UMNO negeri dan dimulakan dengan tahlil diikuti solat Maghrib.

“Selepas itu, perjumpaan dengan semua wakil bahagian akan diadakan,” kata Musa yang juga Ketua Menteri Sabah selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di sini, malam ini.

Turut hadir Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Bendahari Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Mengenai mesyuarat itu, Musa berkata UMNO Sabah itu akan mengadakan program Membara (Membantu Rakyat) bagi memperkasa parti di semua bahagian setiap bulan.

“Tahun lepas, UMNO Sabah muncul juara Anugerah Membara. Saya harap kita dapat lagi anugerah itu tahun ini,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan