Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Umno Sabah Perlu Tolak Landskap Politik Kebencian – Hishammuddin

6:38pm 11/09/2016 Pak Roshan 221 views Berita Pilihan,Mutakhir,Politik
Datuk Hishamuddin Tun Hussein

Datuk Hishamuddin Tun Hussein

TAWAU : UMNO Sabah perlu menolak landskap politik berpaksikan kebencian serta melaga-lagakan yang semakin menular dalam senario politik negara ketika ini, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata pendekatan politik seperti itu perlu diatasi kerana sekiranya dibiarkan berterusan, negara boleh terjerumus ke arah pergolakan dan kekacauan.

“UMNO Sabah yang berusia 25 tahun ini kena tolak budaya politik sedemikian yang hanya membawa kepada impak negatif… budaya politik yang dibawa pihak tertentu seperti laungan kenegerian (emosi) adalah tidak wajar,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tawau di sini, Ahad.

Beliau berkata, tidak salah sekiranya laungan kenegerian dibawa dalam budaya politik namun perlu ada batasan.

“Politik semata-mata politik tidak apa tetapi politik Sabah for Sabahan (kebencian) akan membawa kepada perpecahan,” katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata tidak dinafikan keperluan orang Sabah untuk mendapat pengiktiran dan penghormatan adalah wajar tetapi jangan sehingga terikut-ikut politik kepada perpecahan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan