Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umno Sabah masih relevan- Khairy

KOTA KINABALU: Calon Presiden Umno Khairy Jamaluddin menegaskan Umno masih relevan di Sabah dan kekal mendapat sokongan yang padu daripada rakyat.

Jelas beliau, mesyuarat perwakilan yang diadakan di negeri ini masih mencatatkan kehadiran yang ramai walaupun terdapat sebilangan ahli parti itu yang bertindak keluar parti.

“Umno masih lagi releven di Sabah, tengo kita punya mesyuarat mesyuarat perwakilan masih lagi ramai dan ahli ahli kita pun masih lagi ramai yang tidak keluar daripada parti cuma kita kena tambah kerelevenan Umno Sabah kepada pengundi dan juga rakyat di Sabah.”

“Sebab itu saya bawa satu manifesto khusus untuk Umno Sabah sebagai calon presiden supaya kita memperkenalkan sedikit sebanyak political autonomy kepada Umno Sabah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media Selepas Program Sesi Ramah Mesra Umno Sabah Bersama Khairy Jamaluddin di sini.

Khairy yang merupakan bekas Ketua Pemuda Umno juga berkata, perlembagaan parti juga perlu diberi suntikan perubahan terutama berkaitan dengan pemberian hak Umno Sabah untuk mengetengahkan suara mereka dan turut menawarkan satu jawatan naib presiden yang hanya diisi oleh ahli Umno Sabah dalam manifesto beliau.

Katanya, inisiatif tersebut adalah untuk memastikan suara rakyat Sabah sentiasa didengari di peringkat nasional.

“Kita akan melihat semula perlembagaan parti selepas pemilihan ini, terdapat banyak yang perlu kita ubah dan antaranya adalah kompisisi ahli Umno itu sendiri di Sabah,”katanya./Sayang Sabah

Calon Presiden Umno Khairy Jamaluddin (tengah) mengambil gambar bersama lebih 1,000 orang ahli Umno yang hadir dalam program berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan