Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO Sabah masih kukuh

9:37am 19/07/2016 Leolerry Lajius 764 views Tempatan
Annuar (tengah) mengambil gambar bersama Ketua-ketua Penerangan UMNO Sabah.-Gambar Oleh Alex Mairin

Annuar (tengah) mengambil gambar bersama Ketua-ketua Penerangan UMNO Sabah.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: UMNO di bahagian Semporna masih kukuh dan ramai ahlinya yang cukup bersemangat untuk terus bersama-sama berjuang bersama UMNO.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa berkata, keadaan UMNO di Semporna dan Sabah khususnya akan terus bertambah kuat.

“Saya meramalkan UMNO akan terus kukuh di negeri ini susulan terdapat ahli UMNO yang keluar parti kerana kita akan dapat menjangka apa yang akan berlaku dan apa yang perlu dilakukan nanti selepas peristiwa ini berlaku,”katanya ketika ditemui media ketika membuat perjumpaan bersama ketua-ketua Penerangan UMNO peringkat negeri Sabah, di sini semalam.

Mengulas mengenai tindakan ahli UMNO di negeri ini yang bertindak keluar parti, beliau berkata, jumlah secara rasmi ahli UMNO yang keluar parti tidak dapat ditentukan kerana tidak ada notis rasmi yang diterima bagi tujuan keluar parti secara rasmi.

“Untuk keluar daripada parti, ahli perlu menghantar notis rasmi supaya kita boleh gugurkan keahlian mereka dalam senarai ahli.”

“Namun sehingga kini, tiada data spesifik yang memperlihatkan jumlah sebenar ahli yang keluar parti kerana kita masih belum mendapat sebarang notis rasmi daripada mereka,”katanya.

Tambah beliau, sejarah politik di Sabah telah melalui beberapa proses krisis namun akhirnya mencapai kestabilan sejak adanya UMNO di negeri ini.

“Dengan adanya UMNO di negeri ini, kita telah melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan kerana kita tidak lagi membuang masa dengan berpolitik dan saling menjatuhkan antara satu sama lain,”katanya.

Seramai hampir 100 orang ketua-ketua penerangan UMNO di negeri ini yang telah hadir sempena program berkenaan.-Oleh Leolerry/Sayang Sabah

IMG_2211

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan