Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umno Sabah mampu bangkit semula jika dibarisi pemimpin berintegriti

Calon Presiden Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (tengah) mengambil gambar bersama ahli Umno yang hadir dalam program berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Parti UMNO di Sabah yang dilihat semakin ditolak rakyat berdasarkan keputusan pilihan raya umum yang lalu akan mampu bangkit semula sekiranya parti itu dibarisi oleh pemimpin yang berkredibiliti dan mempunyai integriti.

Calon Presiden Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kedua-dua ciri kepimpinan itu perlu menjadi keutamaan bagi menarik semula sokongan rakyat Sabah terhadap Parti Umno.

Jelas beliau, jika parti itu dibarisi oleh pemimpin yang dibenci rakyat usaha untuk menarik sokongan rakyat untuk terus berjuang bersama Umno tidak akan berjaya.

“Saya berkata tadi dia bergantung kepada sejauh mana kita dapat bersatu, kekuatan itu akan dapat memulihkan semangat dan keyakinan rakyat.”

“Yang penting rakyat dapat kita tarik supaya menyokong perjuangan kita dan kita mesti mengadakan satu barisan pimpinan yang credible yang ada integriti yang dipercayai rakyat.”

“Kalau kita ada barisan pimpinan yang rakyat tak suka dan rakyat benci apatah lagi marah susah kita nak tarik orang nak sertai perjuangan ini tetapi dengan pimpinan yang baik saya percaya rakyat akan balik kepada kita,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Ramah Mesra Umno Sabah, di salah sebuah hotel terkemuka,di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang turut menyeru agar ahli Umno di negeri ini yang bersetuju untuk keluar parti bagi membentuk Gabungan Bersatu seperti yang diumumkan oleh Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebelum ini agar mempertimbangkan perkara itu.

Katanya, pilihan itu satu tindakan yang boleh menimbulkan kesan yang tidak baik dan kesilapan membuat pilihan dalam perkara itu boleh menimbulkan perasaan sakit hati dan juga boleh menyebabkan senario dikawal oleh orang lain.

“Itu adalah hak mereka tetapi mereka perlu memikirkannya semula kerana ia boleh menimbulkan rasa sakit hati dan boleh menyebabkan mereka dikawal oleh orang lain jika tidak cukup kuat, itu adalah kesannya, ia telah berlaku banyak kali,”katanya. /SayangSabah

Calon Presiden Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Komen


Berita Berkaitan