Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO Sabah ikrar rampas semula DUN Klias

8:01pm 28/08/2016 Pak Roshan 729 views Berita Pilihan,Mutakhir,Politik
Najib bersama Ketua-ketua Bahagian Zon 3 yang merangkumi Bahagian Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang berserta ahli Umno di Zon berkenaan. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

Najib bersama Ketua-ketua Bahagian Zon 3 yang merangkumi Bahagian Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang berserta ahli Umno di Zon berkenaan. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

BEAUFORT: UMNO Sabah berikrar menawan kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias yang dimenangi PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu.

Ikrar itu disuarakan Ketua Menteri yang juga Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada majlis perasmian serentak persidangan UMNO Sabah Zon Tiga merangkumi bahagian Beaufort, Sipitang, Kimanis dan Papar, di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan turut dihadiri Menteri Luar yang juga Ketua UMNO Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Ketua UMNO Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad; Ketua UMNO Papar, Datuk Abdul Rahim Ismail dan Ketua UMNO Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih.

Musa berkata, UMNO akan memastikan kerusi DUN Klias menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan