Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMNO SABAH HORMATI KEPUTUSAN SADDI

Hajiji mempengerusikan mesyuarat Umno Sabah. Gambar SNT’/Ehsan Umno Sabah

KOTA KINABALU: Badan Perhubungan Umno Sabah menghormati keputusan ADUN Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, tindakan Saddi itu sudah dijangka memandangkang beliau kini tidak memegang sebarang jawatan dalam UMNO Bahagian.

Menurutnya, keputusan Saddi itu tidak akan menjejaskan kekuatan UMNO Sabah dan Bahagian Kinabatangan malah semangat ahli-ahli UMNO masih tinggi dan akan terus bangkit untuk menghadapi sebarang ujian dan cabaran seumpama ini.

“UMNO mempunyai ramai pemimpin dan yang berhenti atau keluar parti pasti ada penggantinya”, katanya selepas mengadakan perjumpaan bersama pemimpin 3 sayap UMNO bahagian-bahagian di Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, hari ini.

Bagaimanapun katanya, UMNO Negeri masih belum menerima surat rasmi daripada Saddi berhubung keputusannya itu.

“Saya hanya mengetahuinya melalui media massa. Belum ada surat rasmi yang saya terima.

“Jika itu adalah  keputusan Saddi, maka UMNO Sabah menghormati keputusannya menjadi ADUN pembangkang bebas,” katanya.

Hajiji berkata, keputusan Saddi itu tidak akan mengubah status UMNO Sabah yang kini adalah pembangkang.

Beliau berkata, UMNO Sabah akan terus berkerja keras, berkhidmatan kepada rakyat negeri ini dan memperjuangkan nasib dan masa depan mereka.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan