Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO Sabah gesa kerajaan ambil tindakan tegas terhadap dalang gerakan ‘Deklarasi Rakyat’

Musa mengetuai laungan keramat 'Hidup UMNO' ketika Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, di Bangunan UMNO, disini, hari ini.

Musa (lima dari kiri) mengetuai laungan keramat ‘Hidup UMNO’ ketika Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, di Bangunan UMNO, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- UMNO Sabah menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap dalang-dalang Gerakan ‘Deklarasi Rakyat’ yang mengancam sistem demokrasi berparlimen negara.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata UMNO Sabah mengusulkan agar Majlis Tertinggi UMNO bersidang dengan segera bagi membincangkan tindakan tegas yang wajar diambil terhadap pemimpin dan ahli parti yang terlibat dalam gerakan ‘Deklarasi Rakyat’.

“UMNO Sabah membantah serta menolak sekeras-kerasnya gerakan yang didalangi Tun Dr Mahathir Mohamed bersama pemimpin- pemimpin DAP, PKR, AMANAH, serta beberapa Badan Bukan Kerajaan melalui Gerakan ‘Deklarasi Rakyat’,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, di Bangunan UMNO Sabah, disini, hari ini.

Selain itu, menurut Musa, UMNO Sabah berikrar untuk terus bekerja keras  bagi memelihara kerukunan serta memelihara kerukunan dan keharmonian rakyat Sabah.

“Kami di UMNO Sabah menzahirkan ikrar dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional Malaysia.

“UMNO Sabah turut menyokong penuh dan mempertahankan YAB Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk terus memimpin negara selaku Perdana Menteri Malaysia,”katanya.

Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr Salleh Said Keruak, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Haji Tawfiq Hj Abu Bakar Titingan dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan