Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMNO Sabah capai peningkatan keahlian seramai 13,713 orang

Musa Aman (tengah) semasa sidang media selepas Mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri di Bangunan UMNO, Kota Kinabalu. - foto Alex Mairin
Musa Aman (tengah) semasa sidang media selepas Mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri di Bangunan UMNO, Kota Kinabalu. – foto Alex Mairin

KOTA KINABALU – Sabah membuktikan keberkesanan program yang dilaksanakan untuk menarik keahlian golongan muda kepada UMNO apabila mencatat peningkatan dari segi bilangan ahlinya iaitu seramai 536,232 berbanding 522,519 orang pada 31 Disember 2014.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman berkata, ia merupakan pertambahan sebanyak 13,713 orang ahli dalam tempoh tersebut bagi negeri Sabah.

“Begitu juga dari segi jumlah cawangan UMNO di negeri ini turut bertambah iaitu sebanyak 5,540 berbanding 5,504. Jadi ini adalah hasil usaha daripada semua pihak termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri,” katanya kepada pemberita selepas Mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Negeri di Bilik Mesyuarat Bangunan UMNO, di sini malam ini.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Seri Salleh Said dan Setiausaha Perhubungan UMNO negeri yang juga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin serta ketua-ketua bahagian UMNO negeri, Wanita, Pemuda dan Puteri.

Musa Aman (tengah) ketika pengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri di Bangunan UMNO, Kota Kinabalu. - foto Alex Mairin
Musa Aman (tengah) ketika pengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO negeri di Bangunan UMNO, Kota Kinabalu. – foto Alex Mairin

Dalam mesyuarat itu juga, Musa turut memaklumkan bahawa mesyuarat di peringkat cawangan akan bermula pada 13 Mac hingga 2 Mei ini.

Justeru, beliau meminta kepada semua ketua bahagian UMNO negeri supaya mengemaskini cawangan masing-masing serta memastikan kelancaran mesyuarat tersebut diadakan dalam suasana aman dan tenteram.

“Saya juga meminta semua cawangan yang bakal bersidang agar mengikut peraturan dan perlembagaan sedia ada. Penting bagi kita untuk memantapkan jentera masing-masing dengan wujudnya perpaduan dan kesepakatan parti,” ujarnya.

Musa juga menggesa sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteria supaya membantu menarik keahlian dalam kalangan golongan remaja dan ini boleh dilakukan dengan kerjasama semua pihak termasuk rakan dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Masidi Manjun. - foto Alex Mairin
Masidi Manjun. – foto Alex Mairin

Antara intipati lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat itu ialah penganjuran program latihan untuk ahli UMNO seluruh negeri yang akan bermula esok melibatkan kira-kira 100 ahli UMNO Bahagian Kudat dan Kota Belud.

Musa berkata, semua bahagian diminta memastikan semua ahli yang diperlukan menghantar penyertaan mereka.

Sementara itu, Pengerusi Biro Latihan UMNO negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, peserta program yang terdiri daripada semua peringkat akan dihimpunkan di satu tempat di bahagian masing-masing. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan