Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO Sabah cadang persidangan kebangsaan mengenai ancaman IS

7:32pm 11/12/2015 Dewiana Tinggolongon 22 views Kota Kinabalu,Tempatan

Tawfiq ketika berucap

                                                     Tawfiq ketika berucap

KOTA KINABALU- UMNO Sabah mencadangkan agar satu persidangan kebangsaan mengenai ancaman IS yang melibatkan semua ketua-ketua agama negeri serta NGO agama dilaksanakan secepat mungkin.

Berkata semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Ketua UMNO Bahagian Tawau N56, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, menyatakan bahawa semua tenaga  Jakim,

Jabatan Agama Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yadim dan NGO Islam di peringkat negeri dan daerah diberi taklimat kemudian digerakkan untuk memberi penerangan kepada seluruh masyarakat, khasnya di kawasan terdedah kepada ancaman IS dan masyarakat di peringkat akar umbi melalui program seminar, kelas-kelas takmir dan khutbah jumaat.

Beliau juga menyatakan jabatan terbabit menggunakan dana yang ada untuk melaksanakan program tersebut.

“Dengan memberi kemahiran pengecaman ahli-ahli IS yang cuba menyamar memasuki negara Malaysia kepada petugas di pintu masuk seluruh Negara permasalahan ini dapat diatasi,” kata Tawfiq.

Selain  itu, UMNO Sabah turut menyarankan agar kerajaan, khasnya Kementerian Pendidikan mesti terus berusaha untuk memperkasakan sekolah-sekolah kebangsaan di seluruh negara, yakni merapatkan jurang, kalaupun tidak mensifarkan perbezaan kualiti prasarana serta mutu pembelajaran antara kawasan bandar dan luar bandar, khususnya di Sabah.

“UMNO Sabah juga tidak mahu mendengar lagi isu-isu bangunan sekolah usang, dimakan anai-anai, bangunan
berisiko tinggi dengan kebakaran, bangunan tidak selamat untuk digunakan dan sebagainya. Semua ini harus ada pemantauan berterusan dan tindakan segera tanpa menunggu aduan-aduan masyarakat atau ibu bapa, apatah lagi menunggu sehingga musibah datang melanda,” kata Tawfiq.

Justeru itu, kuantiti dan kualiti guru-guru harus sentiasa ditingkatkan agar ia dapat diterjemahkan kepada pembentukan modal insan aset negara cemerlang yang mampu menggalas cabaran, mewarisi dan mempertingkatkan kejayaan negara pada masa hadapan.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan