Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMNO Putatan sebulat suara tetapkan dua resolusi

Musa (tengah) dan Yahya semasa menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putatan. - foto Jimmy Tan / SayangSabah
Musa (dua dari kiri) dan Yahya (kiri) semasa menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putatan. – foto Jimmy Tan / SayangSabah

PUTATAN – Perwakilan UMNO Bahagian Putatan sebulat suara menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO untuk kekal menerajui kepimpinan negara bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat besar daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Selain itu, para perwakilan turut menyokong Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah agar kekal menerajui pentadbiran negeri ini.

Menyatakan perkara itu, Ketua UMNO Bahagian Putatan, Datuk Yahya Hussin berkata, dua resolusi itu dipersetujui sepenuhnya dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian ini.

“Saya memberi keyakinan tinggi terhadap komitmen perwakilan UMNO bahagian ini dan segala apa yang diputuskan dalam mesyuarat ini, UMNO Putatan akan terus menyokong Perdana Menteri dan Ketua Menteri.

“Saya juga minta ahli UMNO Putatan untuk terus bekerja kuat agar BN dapat merampas semula kawasan yang telah kita kalah semasa pilihan raya umum lalu,” katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putatan yang dirasmikan oleh Musa di Dewan Masyarakat Putatan, di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Edward Yong Ooi Fah; Pengerusi Tetap UMNO Bahagian, Lamsin Anggalli dan Setiausaha UMNO Bahagian, Ishar Ramli.

Dalam ucapannya, Yahya yang juga Timbalan Ketua Menteri, menasihati pada ahli UMNO supaya mengambil iktibar daripada perjuangan pemimpin dalam usaha mengukuhkan parti.

Katanya, ahli UMNO juga perlu bersatu padu kerana perpecahan yang berlaku menyebabkan pihak luar dan rakyat tidak menghormati parti. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan