Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMNO Pensiangan bersatu sokong kepimpinan Najib

Ghani bergambar kenangan bersama ketua-ketua UMNO Cawangan Sook dan Malima. - foto Kalawon Sawing
Abdul Ghani Yassin (tengah, barisan kedua) bergambar kenangan bersama ketua-ketua UMNO Cawangan Sook dan Malima. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Ahli UMNO perlu terus bersatu padu dalam perjuangan parti bagi memastikan Barisan Nasional (BN) mengulangi kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Yassin berkata, UMNO yang menjadi tunggak pemerintahan di negara ini perlu memantapkan perjuangan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa.

“Oleh itu, semua ahli UMNO perlu bersatu padu dan mengenepikan perbalahan sesama sendiri bagi mengelak perpecahan dalam parti,” katanya semasa berucap merasmikan Program Membara “Haluan Pewaris” sempena Perasmian Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO Zon Sook dan Malima membabitkan 23 cawangan di Dewan Tan Sri Kurup Sekolah Kebangsaan (SK) Sook, di sini hari ini.

Ghani berkata, perpecahan beberapa parti terdahulu di negeri ini iaitu Usno dan Berjaya perlu dijadikan iktibar dan dielakkan oleh ahli UMNO kerana ia bukan sahaja melemahkan parti tetapi boleh membawa kepada kehancuran parti.

Dalam pada itu, Ghani berkata, UMNO bahagian itu mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Katanya, Najib perlu diberi sokongan padu untuk meneruskan kepimpinanya sebagai Presiden dan Perdana Menteri kerana beliau telah membawa banyak pembangunan dan kebaikan kepada rakyat. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan