Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO Penampang Sokong Pucuk Pimpinan, Tolak ‘Deklarasi Mahathir’

7:48pm 11/03/2016 Pak Roshan 62 views Mutakhir,Politik

mahathir

PENAMPANG – UMNO Bahagian Penampang kekal teguh menyokong penuh pucuk pimpinan parti yang dipilih secara sah melalui proses demokrasi, kata Ketuanya Datuk John Ambrose.

Sehubungan itu, katanya, UMNO Bahagian Penampang menolak ‘deklarasi Mahathir’ yang disifatkan menanamkan politik kebencian rakyat terhadap parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional.

“(Deklarasi Mahathir) tidak akan menjejaskan (UMNO Bahagian Penampang) kerana daripada awal lagi kami menolak siapa sahaja yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau dipilih secara sah melalui sistem demokrasi,” katanya kepada pemberita sebelum memulakan mesyuarat UMNO Bahagian Penampang di sini, malam tadi.

Katanya UMNO Bahagian Penampang menggesa tindakan disiplin diambil terhadap pemimpin UMNO yang terlibat dalam menandatangani deklarasi itu dan bersekongkol dengan pembangkang.

Ini kerana perbuatan mereka itu jelas menyalahi perlembagaan UMNO yang menggariskan peraturan agar setiap anggotanya taat setia kepada pemimpin parti dan memelihara kesejahteraan parti, katanya.

Pada 4 Mac, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang memeterai deklarasi itu menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Termasuk dalam kumpulan itu bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan veteran DAP Lim Kit Siang.- BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan