Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,647

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO Penampang sedia hadapi PRU

7:20pm 22/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 80 views Tempatan
John Ambrose menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempen majlis berkenaan.

John Ambrose menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima sempena majlis berkenaan. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

PENAMPANG: UMNO Penampang telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) sekiranya ia akan diadakan pada tahun hadapan.

Ketua UMNO bahagian P.174 Penampang Datuk John Ambrose berkata, apa yang penting adalah kerjasama daripada semua komponen parti dalam Barisan Nasional.

“Jentera parti juga telah digerakkan dan ketika ini, program jom masuk kampung juga sedang dijalankan untuk meninjau permasalahan yang dihadapi rakyat di samping untuk menambah keahlian ahli,” katanya ketika ditemui media sempena majlis ibadah iftar dan sumbangan ramadan, di sini, semalam.

Terdahulu, ketika menyampaikan ucapan sempena majlis berkenaan beliau menyeru agar masyarakat sentiasa mengeratkan perpaduan dan tidak menyentuh isu sensitif terutamanya berkaitan dengan agama kerana boleh mengancam perpaduan yang telah lama terjalin di negara ini amnya dan masyarakat Penampang khususnya.

“Kita akan sentiasa memberikan bantuan kepada pihak yang memerlukan tanpa melihat perbezaan agama mahupun budaya bagi individu yang memerlukan, sama seperti yang kita lihat pada malam ini, para penerima bukan sahaja daripada masyarakat yang beragama islam tetapi juga turut melibatkan yang bukan beragama islam,”katanya.

Tambah beliau, rumah-rumah ibadat yang terdapat di kawasan Penampang juga akan sentiasa diberi perhatian dan bantuan berdasarkan keperluan yang mereka perlukan.

Seramai 190 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, OKU, anak yatim dan warga emas yang mana seramai 48 orang daripada jumlah berkenaan adalah bukan bergama islam telah menerima sumbangan sempena majlis berkenaan. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

John Ambrose (tiga dari kanan) mengambil gambar bersama ahli jawatankuasa pelaksanan majlis berkenaan. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

John Ambrose (tiga dari kanan) mengambil gambar bersama ahli jawatankuasa pelaksanan majlis berkenaan. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan