Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMNO masuk kampung, pulau tangkis fitnah

ABDUL Ghafur bergambar bersama ketua-ketua bahagian selepas merasmikan Mesyuarat Khas UMNO Zon 6, di Kalabakan. – Foto Abdul Rahemang Taiming

 

TAWAU: UMNO Zon 6 Sabah hari ini menyatakan kesepakatan untuk menggempur pembangkang, terutama menangkis fitnah serta tohmahan memburuk-burukkan kerajaan serta Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Komitmen itu dinyatakan semua bahagian di Zon 6, iaitu UMNO Silam, Semporna, Tawau dan Kalabakan pada mesyuarat khas di Pejabat UMNO Kalabakan, di sini.

Ketua UMNO Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh, berkata sudah tiba masanya jentera UMNO di empat bahagian terbabit masuk ke setiap pelusuk kampung dan pulau di kawasan masing-masing bertemu rakyat, seterusnya menjawab tuduhan pembangkang.

Katanya, parti pembangkang kerap melemparkan tuduhan serta tohmahan kepada pemimpin kerajaan demi mendapatkan sokongan rakyat menjelang PRU-14.

“Jentera kita akan masuk kampung, setiap pulau di seluruh Zon 6 untuk tangkis pembohongan, fitnah dilemparkan pembangkang kepada kerajaan negeri dan Persekutuan, terutama oleh bekas pemimpin yang pernah berada dalam kerajaan serta UMNO sebelum ini.

“Ketika dalam kerajaan dulu, beliau memuji BN, tetapi apabila sudah digugurkan daripada kerajaan, beliau kini sibuk keluar masuk kampung (memburukkan kerajaan).

“Saya percaya seluruh rakyat di pantai timur Sabah ini tahu taktik kotor mereka untuk menang dalam pilihan raya akan datang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Silam, Datuk Mohd Yusof Apdal; Pemangku Ketua UMNO Semporna, Datuk Nasir Sakaran dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Syed Abas Syed Ali.

Abdul Ghapur yakin rakyat akan terus menyokong kerajaan negeri dan Persekutuan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman yang memberi banyak perhatian kepada Sabah.

Mengenai persiapan jentera UMNO zon itu menjelang PRU-14, beliau berkata, Jawatankuasa Gerak Kerja Pilihan Raya Zon 6 akan digerakkan secara agresif, selain menghebahkan publisiti meluas di media massa berkaitan program yang sudah dirancang.

Katanya, mesyuarat itu bagaimanapun tidak membincangkan soal calon PRU-14 kerana ia hak Ketua Menteri selaku Pengerusi BN Sabah serta Perdana Menteri.

“Kami semua pemimpin empat bahagian, akur siapa juga pilihan pucuk pimpinan,” katanya yang terdahulu merasmikan kempen derma darah anjuran Parlimen Kalabakan dengan kerjasama Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Beliau turut menyerahkan bantuan peralatan sekolah kepada kira-kira 300 murid dan pelajar sekitar daerah ini. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan