Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMNO KINABATANGAN LAKSANA PROGRAM TINJAUAN MESRA UNTUK DENGAR MASALAH RAKYAT

jeffry

KINABATANGAN, 24 Feb : Umno Bahagian Kinabatangan mempergiatkan usaha bertemu dengan masyarakat bagi mendengar masalah mereka hadapi menerusi pelaksanaan program tinjauan mesra pada setiap bulan.

Timbalan Ketua Umno Bahagian itu Jafry Ariffin berkata pihaknya telah merangka program ini setiap bulan dan akan mengadakan tinjauan mesra bukan sahaja di kawasan Bukit Garam tetapi di semua pusat daerah mengundi.

“Kita akan melibatkan semua pusat daerah mengundi untuk berjumpa, bercerita dan bermesra dengan rakyat pada setiap bulan di dalam Program Membara yang telah ditetapkan oleh Umno Pusat.

“Untuk bulan ini, memandangkan Bukit Garam ini merupakan pekan di Kinabatangan, kita dahulukan di sini dan pada bulan depan kita akan beralih ke pusat daerah mengundi yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program tinjauan mesra di Pasar Daerah Kinabatangan di sini, hari ini.

Menurutnya menerusi pelaksanaan program itu, antara aduan yang diterima daripada penjaja adalah mereka meminta penambahbaikan terhadap kemudahan yang terdapat di dalam pasar.

Katanya pegawai Majlis Daerah Kinabatangan yang turut bersama menyertai program tinjauan mesra itu memberi jaminan untuk mengambil tindakan sewajarnya mengatasi aduan itu terutama memasang pagar di sekeliling kawasan pasar. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan