Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMNO Kimanis sasar 500 keahlian baharu tahun ini

Ariffin (kiri sekali) bersama Saudah (dua dari kiri) dan Mohamad (tiga dari kiri) meneliti buletin Puteri UMNO Bahagian Kimanis di gerai pameran di majlis itu. - foto Aryan De Vera
Ariffin (kiri sekali) bersama Saudah (dua dari kiri) dan Mohamad (tiga dari kiri) meneliti buletin Puteri UMNO Bahagian Kimanis di gerai pameran di majlis itu. – foto Aryan De Vera

MEMBAKUT – UMNO Bahagian Kimanis menggariskan dua keutamaan dalam misi mengukuhkan lagi kawasan itu sebagai kubu kuat parti sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Timbalan Ketuanya, Datuk Ariffin Mohd. Arif berkata, antara usaha itu termasuk melancarkan gerakan pendaftaran ahli parti sebagai pemilih dan pada masa sama menambah lebih ramai keahlian UMNO di kawasan itu.

“Ketika ini terdapat kira-kira 2,000 ahli UMNO di kawasan ini yang layak mengundi, namun masih belum mendaftar sebagai pemilih. Puteri UMNO bahagian ini akan memainkan peranan untuk menggalas tanggungjawab besar ini menerusi pelbagai program yang akan dilaksanakan bagi memastikan usaha ini direalisasikan.

“Inisiatif ini juga akan dibantu sayap UMNO lain, termasuk kerjasama bersepadu daripada pemimpin akar umbi di kawasan ini. Setakat ini seramai 300 orang berjaya didaftarkan sebagai ahli Pemuda dan Puteri, malah menetapkan sasaran untuk menambah sekurang-kurangnya 500 keahlian baru untuk tahun ini,” katanya selepas merasmikan Penutupan Bengkel Kemahiran Mendaftar Pengundi dan Ahli Baru UMNO, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri berkata, bilangan keseluruhan ahli UMNO Bahagian Kimanis ketika ini telah mencecah lebih 13,000 orang dengan 262 cawangan UMNO melibatkan kawasan Membakut dan 142 cawangan di Bongawan. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan