Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMNO dan MCA Bahagian Penampang sedia hadapi PRU Ke-14

KENANGAN… Francis bersama John Ambrose merakamkan gambar kenangan bersama ahli-ahli MCA dan para peniaga. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

PENAMPANG- UMNO dan MCA Bahagian Penampang bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke- 14 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ketuanya, Datuk Francis Goh berkata pihaknya bergiat aktif dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti khusus untuk semua masyarakat tanpa mengira kaum di daerah tersebut.

“Setiap tahun, MCA telah mengadakan pelbagai program atau aktiviti turun padang untuk semua masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

“Contohnya, komuniti Kadazan Dusun dan Murut (KDM) terkenal dengan Pesta Menuai. Tetapi sempena Tahun Baru Cina, MCA Bahagian Penampang akan melawati 10 kampung yang terdapat di daerah ini sambil membawa kumpulan tarian singa untuk memeriahkan lagi sambutan perayaan tersebut bersama komuniti KDM.

“Selain itu, kami juga akan memberikan ‘angpau’ kepada warga emas yang berumur 65 ke atas dan kanak- kanak.

“Ini menunjukkan bahawa MCA tidak mengabaikan masyarakat KDM di daerah ini.” katanya kepada pemberita selepas melawat dan memberi ucapan Tahun Baru Cina kepada para peniaga di Lido, disini, hari ini.

FRANCIS Goh ketika ditemubual pemberita selepas melawat tapak perniagaan di Lido, disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Selain itu, katanya, pihaknya memberi penekanan terhadap kebajikan sosial masyarakat setempat dan pembangunan kampung-kampung yang terdapat di kawasan daerah itu.

“Saya sentiasa bekerja keras sejak memegang jawatan sebagai Ketua MCA Bahagian Penampang ini tiga tahun yang lalu,” katanya.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose.

John berkata, pihaknya juga telah bersiap siaga bagi menghadapi PRU Ke-14 akan datang.

“Segala persiapan kukuh telah dilakukan oleh UMNO Bahagian Penampang menjelang PRU Ke-14,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

FRANCIS (kiri) beramah mesra dengan salah seorang peniaga. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan