Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO Batu Sapi nafi 600 ahli keluar parti

3:10pm 11/07/2016 Pak Roshan 1387 views Mutakhir,Politik

umno

SANDAKAN: UMNO Batu Sapi menafikan 600 ahlinya keluar parti berikutan tindakan Majlis Tertinggi (MT) menggantung keahlian bekas Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

 ‎Ketua Bahagiannya, Datuk Samsudin Yahya ketika dihubungi BH sebentar tadi berkata, sebaliknya hanya sebilangan kecil pengikut bekas Naib Ketua Bahagian itu, Pangiran Roslan Pangiran Nasrun yang mengisytiharkan keluar parti semalam.

Katanya, mereka yang keluar parti adalah beberapa ketua cawangan dan ahli yang pernah kecewa kerana tewas pada pemilihan UMNO yang lalu termasuk Pangiran Roslan yang pernah bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008.

‎”UMNO Bahagian Batu Sapi juga tidak tergugat dengan tindakan beliau (Pangiran Roslan) keluar parti. Sebaliknya, keputusan beliau boleh dianggap tiada lagi ‘duri dalam daging’ di bahagian Batu Sapi.

‎”Kita tahu perjuangan orang seperti mereka yang tiada kesetiaan kepada parti, dengan sendirinya akan keluar parti,” katanya.

Semalam, Pangiran Roslan mengisytiharkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta bersama 600 ahli berikutan hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan UMNO selepas Mohd Shafie digantung tanpa dipanggil membela diri.

‎‎Sams‎udin berkata, sebahagian besar yang hadir dalam sidang media Pangiran Roslan juga membabitkan ahli daripada parti pembangkang selain ahli komponen Barisan Nasional (BN) yang mendakwa diperdaya datang ke majlis berkenaan untuk menerima bantuan Aidilfitri.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata tindakan Pangiran Roslan hanya gimik murahan untuk memastikan kestabilan politik UMNO di bahagian berkenaan tergugat.

“UMNO Batu Sapi masih utuh, tiada sebarang masalah dan perjuangan akan diteruskan sampai bila-bila.

“Mereka yang keluar cuma sedikit berbanding jumlah ahli UMNO di Batu Sapi iaitu seramai 23,000 orang membabitkan 221 cawangan dan 16,000 daripadanya adalah pengundi,” katanya pada sidang media di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lupak, Meluas di sini, sebentar tadi.

SANDAKAN: UMNO Batu Sapi menafikan 600 ahlinya keluar parti berikutan tindakan Majlis Tertinggi (MT) menggantung keahlian bekas Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

‎Ketua Bahagiannya, Datuk Samsudin Yahya ketika dihubungi BH sebentar tadi berkata, sebaliknya hanya sebilangan kecil pengikut bekas Naib Ketua Bahagian itu, Pangiran Roslan Pangiran Nasrun yang mengisytiharkan keluar parti semalam.

Katanya, mereka yang keluar parti adalah beberapa ketua cawangan dan ahli yang pernah kecewa kerana tewas pada pemilihan UMNO yang lalu termasuk Pangiran Roslan yang pernah bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008.

‎”UMNO Bahagian Batu Sapi juga tidak tergugat dengan tindakan beliau (Pangiran Roslan) keluar parti. Sebaliknya, keputusan beliau boleh dianggap tiada lagi ‘duri dalam daging’ di bahagian Batu Sapi.

‎”Kita tahu perjuangan orang seperti mereka yang tiada kesetiaan kepada parti, dengan sendirinya akan keluar parti,” katanya.

Semalam, Pangiran Roslan mengisytiharkan keluar daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta bersama 600 ahli berikutan hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan UMNO selepas Mohd Shafie digantung tanpa dipanggil membela diri.

‎‎Sams‎udin berkata, sebahagian besar yang hadir dalam sidang media Pangiran Roslan juga membabitkan ahli daripada parti pembangkang selain ahli komponen Barisan Nasional (BN) yang mendakwa diperdaya datang ke majlis berkenaan untuk menerima bantuan Aidilfitri.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata tindakan Pangiran Roslan hanya gimik murahan untuk memastikan kestabilan politik UMNO di bahagian berkenaan tergugat.

“UMNO Batu Sapi masih utuh, tiada sebarang masalah dan perjuangan akan diteruskan sampai bila-bila.

“Mereka yang keluar cuma sedikit berbanding jumlah ahli UMNO di Batu Sapi iaitu seramai 23,000 orang membabitkan 221 cawangan dan 16,000 daripadanya adalah pengundi,” katanya pada sidang media di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lupak, Meluas di sini, sebentar tadi. – BH Online

Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan bersama sebahagian ahli UMNO dalam sidang media di Lupak Meluas, Sandakan. - Foto Poliana Ronnie Sidom.

Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan bersama sebahagian ahli UMNO dalam sidang media di Lupak Meluas, Sandakan. – Foto Poliana Ronnie Sidom.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan