Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO Bahagian Semporna Berjalan Seperti Biasa

7:03pm 21/07/2016 Pak Roshan 130 views Berita Pilihan,Mutakhir,Politik

Nasir

KOTA KINABALU – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berkata UMNO bahagian itu masih berjalan seperti biasa walaupun bekas ketuanya yang juga bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal keluar parti baru-baru ini.

Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang berkata dakwaan kononnya UMNO Semporna tidak lagi wujud adalah tidak benar dan tidak berasas.

“Walaupun di peringkat awal terdapat beberapa masalah, namun ia dapat diatasi, malahan dalam beberapa hari ini kita lihat ada di kalangan anggota UMNO yang sebelum ini kononnya keluar parti telah kembali dan menyatakan taat setia kepada parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) di sini, hari ini.

Nasir berkata kepimpinan UMNO Semporna akan terus bekerjasama dan berusaha menyusun semula gerak kerja bagi memperkuatkan lagi UMNO di bahagian berkenaan.

“Sejarah telah membuktikan bahawa Semporna telah menjadi kubu kuat UMNO…apatah lagi sehingga kini UMNO telah banyak menabur jasa dan bakti kepada penduduk di daerah itu,” katanya.

Mohd Shafie membuat pengumuman keluar daripada UMNO ketika menghadiri majlis Rakyat Bersama Anggota Parlimen Semporna 4 Julai lepas, selepas keanggotaan beliau dalam parti digantung pada 24 Jun lalu. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan