Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO Bahagian Putatan gesa pihak yang terlibat dalam ‘Deklarasi Rakyat’ dipecat serta merta

9:30pm 15/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 55 views Tempatan,YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin
Yahya (barisan hadapan, tengah) bersama jawatankuasa tertinggi UMNO bahagian Putatan semasa sidang akhbar sempena Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Putatan, di Wisma Pertanian Sabah, disini, hari ini. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Yahya (barisan hadapan, tengah) bersama jawatankuasa tertinggi UMNO bahagian Putatan semasa sidang akhbar sempena Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Putatan, di Wisma Pertanian Sabah, disini, hari ini. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- UMNO Bahagian Putatan mendesak semua ahli parti itu yang besengkongkol dengan kumpulan ‘Deklarasi Rakyat’ atau mana- mana pihak yang mempunyai pendekatan yang sama agar dipecat daripada parti serta merta.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata UMNO Bahagian Putatan membantah sekeras- kerasnya ‘Deklarasi Rakyat’ yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri serta pihak pembangkang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media setelah mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Putatan, di Wisma Pertanian Sabah, disini, hari ini.

Menurut beliau, perbuatan yang menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan merupakan satu cara yang tidak demokratik.

“Kami menyokong sepenuhnya kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Kami turut menyokong sepenuhnya kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan sebagai Ketua Menteri Sabah,”katanya.

Sehubungan itu, Yahya yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian berkata mesyuarat tersebut bertujuan untuk membincangkan persidangan tahunan cawangan UMNO 2016 yang bakal berlansung bermula 18 Mac sehingga 1 Mei, tahun ini.

Semasa mesyuarat tersebut, mereka turut membincangkan mengenai Karnival Sukan UMNO sempena ulang tahun UMNO ke- 70.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Haji Arsit, Naib Ketua UMNO Bahagian, Assan Nasib, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Ir Shahelmey Yahya, Ketua Puteri Bahagian, Daliah Mohd.Zain, Setiausaha Bahagian, Ishar Ramli, Bendahari Bahagian, Datuk Haji Ibrahim OKK Laiman Diki, dan Ketua Penerangan, Haji Othman Hamid.Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan