Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO Bahagian Kota Kinabalu memberi sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Perdana Menteri

2:49pm 27/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 42 views Nasional,Tempatan
Faisyal (tengah) ketika ditemui pemberita semasa Karnival Sukan UMNO Bahagian Kota Kinabalu, di Futsal Suria Sabah, Jesselton Point, disini, hari ini.

Faisyal (tengah) ketika ditemui pemberita semasa Karnival Sukan UMNO Bahagian Kota Kinabalu, di Futsal Suria Sabah, Jesselton Point, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- UMNO bahagian Kota Kinabalu kekal teguh menyokong penuh pucuk kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.

Ketuanya, Datuk Faisyal Yusaof Hamdain Diego berkata UMNO Bahagian Kota Kinabalu beserta sayap parti iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri sebulat suara turut menolak deklarasi rakyat yang dianjurkan baru- baru ini untuk menolak kepimpinan Datuk Seri Najib.

“Semua cawangan UMNO bahagian Kota Kinabalu juga akan membuat usul bagi menolak deklarasi itu pada mesyuarat yang akan diadakan pada 1 April hingga 1 Mei depan,”katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena karnival sukan UMNO bahagian Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang turut bersekongkol dengan parti pembangkang untuk mengadakan deklarasi itu juga sebagai sesuatu yang memalukan.

“Sebagai seorang negarawan, beliau sepatutnya tidak berbuat demikian kerana jika ada sebarang perkara yang beliau tidak puas hati, dia boleh membuat bantahan menggunakan saluran yang betul.

“Ini sebuah negara demokrasi, jika mahu tukar kepimpinan negara, kita kena ikut cara yang demokratik iaitu pada pilihan raya umum yang akan datang iaitu pada tahun 2018,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan