Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UMNO akan terus berjuang untuk kemajuan Sabah

5:44pm 22/02/2016 Leolerry Lajius 466 views Politik,Tempatan
Jamawi ketika ditemuramah pada majlis tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Jamawi ketika ditemuramah pada majlis tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Sepanjang 25 tahun UMNO telah memberikan banyak kemajuan kepada Sabah dalam pelbagai aspek.

Menurut Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar, UMNO di Sabah bukan sahaja memajukan pendidikan dan memberikan pembangunan malah memberikan sahsiah kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.

“Kita akan terus berjuang untuk membela nasib rakyat Sabah yang majmuk  kerana keahlian UMNO di negeri ini terdiri dari pelbagai kaum dan agama,”katanya ketika ditemui media sempena Sambutan Jubli Perak ke-25 Tahun UMNO negeri Sabah di bangunan UMNO, semalam.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Libaran Rizan Aziz, menyeru golongan muda agar terus mempertahankan UMNO dan meneruskan perjuangan UMNO pada pilihan raya akan datang.

Tambah beliau, kerajaan yang sentiasa bertukar-tukar tidak akan memberikan kesan yang positif dan tidak akan ada manfaat yang diperolehi daripada situasi tersebut.

“Adalah satu kemestian kepada kita untuk terus mempertahankan perjuangan UMNO kerana sepanjang 25 tahun UMNO bertapak di Sabah banyak kemajuan dari pelbagai aspek telah diberikan kepada negeri ini,” katanya. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan