Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umno Akan Sekat Gerakan Bawa Keluar Sabah Dari Malaysia – Ismail Sabri

ismail sabri

TUARAN– Umno akan menyekat usaha gerakan provokasi oleh kumpulan atau individu tertentu untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia, kata ahli Majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kempen oleh kumpulan dan individu tertentu itu dipercayai didalangi pakatan pembangkang yang mempunyai agenda tersendiri.

Justeru, katanya rakyat Sabah harus yakin kepada pendirian kerajaan pusat untuk memastikan kedaulatan Sabah kekal dipelihara selain mempertahankan bumi Sabah daripada sebarang pencerobohan.

“Rakyat negeri ini harus sedar bahawa apa yang berlaku di Sabah juga terasa kepada diri kita rakyat di Semenanjung Malaysia…sakit perasaan Sabah sakit jua dirasai oleh (rakyat) Semenanjung,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tuaran, di sini hari ini.

Ismail Sabri, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata Umno merupakan parti induk kepada kekuatan penyatuan antara rakyat Sabah dan Semenanjung.

Ini bersandarkan kepada semangat kekeluargaan antara pemimpin Umno dari Sabah dan Semenanjung, katanya.

Turut hadir Ketua Bahagiannya merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan timbalannya Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Komen


Berita Berkaitan