Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umie Aida pula memakai tudung

umie

Selepas Neelofa, seorang lagi artis wanita mengambil keberkatan Ramadan untuk berhijrah. Pelakon, Umie Aida kini berhijab seperti yang dikongsi dalam sosial Instagram, sejak awal bulan puasa ini.

Hip difahamkan, pada mulanya, Umie enggan menghebahkan soal penghijrahannya kerana ia dianggap peribadi membabitkan dirinya dan Allah.

Namun, ketika bertemu dengannya pada hari pengebumian Allahyarham Datuk Sharifah Aini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Petaling Jaya, kelmarin, Umie terbuka bercerita mengenai perubahannya.

“Penyertaan saya dalam kelas agama sejak tahun lalu banyak membuka hati dan mata membuat keputusan ini. Saya bukan saja tenang apabila bertudung, malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan selesa.

“Perasaan jatuh cinta untuk memakai tudung itu semakin menebal,” katanya kepada Hip.

Umie mengakui, keberkatan Ramadan mendorong dirinya untuk terus berhijab.

“Ketika menunaikan solat tarawih, perasaan hendak memakai tudung bertambah. Tak lengkap hari tanpa mengenakan tudung. Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya berimej begini dan saya sudah bersedia 100 peratus

“Dalam soal rezeki, saya tak takut dan risau biarpun sudah bertudung. InsyaAllah, ia tidak akan menyekat rezeki saya. Apabila saya sudah rasa cinta untuk menutup aurat, perasaan itu mengatasi segala-galanya,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan