Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umat Islam wajar perkasa diri dengan ilmu pengetahuan

Tun Juhar menekan suis sebagai gimik pelancaran Kad Perakuan Nikah Negeri Sabah. - foto Jabatan Penerangan
Tun Juhar menekan suis sebagai gimik pelancaran Kad Perakuan Nikah Negeri Sabah. – foto Jabatan Penerangan

TUARAN – Umat Islam wajib mengimani Al-Quran dan meyakini kebenaran, kebesaran dan keberkatannya sebagai rahmat kepada seluruh manusia.

Dalam perutusan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkata, ?umat Islam tidak boleh berpuas hati dan berhenti setakat tahu membaca Al-Quran sahaja, sebaliknya pengetahuan serta kemahiran membaca kita suci itu harus disusuli dengan minat serta komitmen untuk memahami, meneroka dan menyelidiki khazanah ilmu serta maklumat berguna terkandung di dalamnya.

“Jika ia dapat dilakukan, tidak mustahil umat Islam mutakhir mampu mampu kembali melakar kemajuan serta tamadun yang lebih hebat dan unggul. Disamping itu, setiap anggota masyarakat juga perlu memperkasa diri dengan ilmu pengetahuan selain mempereratkan tali silaturrahim demi memperkukuhkan ukhuwah dan memantapkan perpaduan ummah,” katanya.

Afizan menerima hadiah daripada Tun Juhar, disaksikan Musa (dua dari kiri) dan Ibnu (dua dari kanan). - foto Jabatan Penerangan
Afizan menerima hadiah daripada Tun Juhar, disaksikan Musa (dua dari kiri) dan Ibnu (dua dari kanan). – foto Jabatan Penerangan

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penangguhan dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah Al Quran (MTQ) Peringkat Negeri Sabah 1436 H/2015M di Dewan Seri Sulaman dekat sini, malam tadi.?

Pada majlis tersebut, beliau menyampaikan hadiah kepada dua wakil Bahagian Pantai Barat Selatan yang memenangi kategori Qari dan Qariah dalam majlis itu. Mereka ialah Johan Qari, Afizan Wankee manakala Johan Qariah pula dimenangi Sanayah Janaid.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000, pakej menunaikan fardhu haji sumbangan kerajaan negeri, piala iringan dan sijil penyertaan dan hadiah iringan berupa sepersalinan pakaian, buku-buku agama sumbangan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Sabah.

Kedua-dua johan itu akan mewakili Negeri Sabah ke MTQ Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur, April ini. Afizan turut dinobat sebagai Johan Negeri Terbaik dan menerima wang tunai RM1,000 dan piala iringan.

Tun Juhar menyampaikan hadiah kepada Sanayah, disaksikan Ariffin (paling kiri), Musa (tengah) dan Ibnu (dua dari kanan). - foto Jabatan Penerangan
Tun Juhar menyampaikan hadiah kepada Sanayah, disaksikan Ariffin (paling kiri), Musa (tengah) dan Ibnu (dua dari kanan). – foto Jabatan Penerangan

Naib Johan Qari diraih Razman Asmat dari Bahagian Sandakan dan Naib Johan Qariah pula dimenangi Sofizah Mausin dari Bahagian Pantai Barat Selatan. Mereka menerima hadiah wang tunai RM4,000, trofi, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Manakala, Zunaidi @Ady Misdaranai mewakili Bahagian Pantai Barat Utara dan Siti Hatijah Marsuki dari Bahagian Tawau diumum sebagai Tempat Ketiga MTQ tahun ini dan mendapat hadiah wang tunai RM3,000, trofi, sijil penyertaan dan hadiah iringan.

Terdahulu Tun Dr Juhar melancarkan Kad Perakuan Nikah Negeri Sabah yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan