Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Umat Islam Perlu Tapis Pandangan Bersifat Prasangka Buruk – Salleh

12:26pm 29/12/2015 Pak Roshan 41 views Mutakhir,Nasional

salleh-komuniksi

KOTA BELUD – Umat Islam perlu menapis pandangan yang disebarkan oleh pihak yang menyimpan prasangka buruk terhadap orang lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata bukan semua pandangan yang disebarkan di internet, majalah dan laman sosial adalah benar dan sebagai umat Islam, berita yang membahaskan keaiban orang lain dan membahayakan pemikiran tidak patut didengari.

Katanya Islam dengan jelas telah menyuruh umat agar sentiasa berfikiran baik dan menjauhi buruk sangka terhadap orang lain.

“Kita hidup dalam zaman yang banyak terjadi fitnah, hasad dengki, mahukan kedudukan dan bohong.

“Pandangan ini bukan hanya merosakkan kehormatan manusia, akan tetapi akan merosakkan ajaran Islam dan pemeluknya,” kata Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan kepada Bernama selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga anggota Parlimen Kota Belud; Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Musbah Jamli, yang juga ADUN Tempasuk dan Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan