Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Umat Islam perlu kuasai pelbagai aspek ilmu pengetahuan

3:26pm 04/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 32 views i-Muslim,Semporna,Tempatan
RAZAK ( tiga dari kanan )bersama sebahagian dari penceramah dan peserta yang menyertai program tersebut

RAZAK ( tiga dari kanan )bersama sebahagian dari penceramah dan peserta yang menyertai program tersebut

SEMPORNA: Umat Islam harus mencari peluang untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap aspek kehidupan dan bukannya berasa selesa dengan keadaan sedia ada.

Ketua Bahagian Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) bahagian Semporna, Dato Haji Razak Tun Sakaran  berkata, umat Islam perlu melakukan penghijrahan dengan membuang sikap yang boleh merugikan umat Islam seterusnya meningkatkan penguasaan ilmu secara berterusan dan mengeratkan perpaduan untuk mengangkat martabat agama Islam.

Menurut Razak, masyarakat Islam tidak seharusnya hanya berserah kepada takdir sebaliknya meningkatkan usaha bagi menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran era globalisasi agar mereka tidak terus ketinggalan.

“ Semua ini menuntut langkah lebih progresif bagi mengatasi segala kelemahan dan kedaifan untuk mengukuhkan kedudukan Umat Islam agar musuh Islam tidak mengambil kesempatan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Pemantapan Akidah anjuran Jabatan Hal Ehwal Islam Semporna di masjid Kampung Kebun Bunga, sini, kelmarin.

Kira-kira 100 orang masyarakat Islam menghadiri program tersebut yang diselitkan dengan pelbagai pengisian antaranya ceramah agama.

Tegas Razak, usaha meningkatkan ilmu pengetahuan sejajar dengan konsep hijrah sebagaimana yang dilakukan Nabi Muhammad SAW ketika berhijrah dari Mekah ke Madinah pada awal perkembangan agama Islam.

Menurut Razak yang juga Ahli Majlis Tertinggi Usia Episod penghijrahan Nabi Muhammad bukan sahaja membuka jalan kepada perkembangan Islam, tetapi juga memberi nafas baharu dalam hubungan sesama manusia, sistem pentadbiran Islam, ekonomi, politik dan kemasyarakatan dimana penghijrahan baginda ini boleh dijadikan iktibar serta contoh terbaik umat Islam untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

Razak menambah bagi mempertingkatkan taraf sosioekonomi keluarga, masyarakat Islam perlu memanfaatkan peluang dan ruang  yang disediakan oleh kerajaan , sementara dalam ilmu pendidikan agama mereka perlu belajar dan terus belajar dari tokoh-tokoh agama yang bertauliah disamping menghadiri beberapa program keagamaan seperti kursus, seminar dan lain lain.

“Saya mengajak umat Islam supaya menjadikan sambutan Maal Hijrah sebagai titik perubahan yang positif supaya bersama-sama bergerak ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang” katanya -SayangSabah

 

 

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan