Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UMAT ISLAM PERLU KUASAI ILMU PENGETAHUAN

Yong Shi Tha @Sophian Abdullah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah sempena majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Sipitang. Gambar SNT/Ehsan Abdul Bakar Esah

SIPITANG: Umat Islam perlu menguasai ilmu pengetahuan agar mereka dapat memiliki masa depan yang lebih baik, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Yusof Yacob.

Beliau berkata, dalam konteks hijrah masa kini perubahan sikap dan mentaliti kepada amalan positif dan proaktif penting kerana umat Islam bukan sahaja perlu kekal bersatu tetapi juga mesti memiliki ilmu pengetahuan.

Yusof bersalaman dengan umat Islam sebaik tiba ke majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Sipitang. Gambar SNT/Ehsan Abdul Bakar Esah

“Hijrah bukan sahaja dalam erti perkataan tetapi juga menerusi tindakan, mentaliti dan sikap. Oleh itu umat Islam perlu menguasai ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya dalam bidang sains dan teknologi bagi menampilkan imej Islam yang positif di mata dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Sipitang di Dewan Serbaguna Pekan Sipitang di sini.

Dr. Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin turut menggesa umat Islam menyemarakkan semangat ikhwan Islamiah demi mengukuhkan perpaduan sesama Islam.

Johan pertandingan lagu-lagu dakwah menerima hadiah daripada Yusof. Gambar SNT/Ehsan Abdul Bakar Esah

Tambah beliau lagi, Islam menuntut umatnya mengasihi antara satu sesama insan dengan kesepaduan dan menjaga keharmonian pelbagai agama.

Dalam majlis itu turut diadakan pertandingan lagu-lagu dakwah dan penyampaian Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah, Anugerah Masjid Cemerlang, Anugerah Surau Cemerlang dan Anugerah Ar-Raudhah.

Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah dinobatkan kepada Yong Shi Tha @Sophian Abdullah. Sementara itu Mohd Kassim Ali Yusof pula menerima Anugerah Khas Ma’al Hijrah.

Masjid Ar-Raudhah Kg Ulu Sipitang dan Surau Hj Ahmed Kg Pasir Putih Ulu Sipitang masing-masing menerima Anugerah Masjid dan Surau Cemerlang manakala Taman Perkuburan Tanjung Putus Kampung Siputol menerima Anugerah Ar-Raudhah. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan