Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,774

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Umat Islam perlu hayati ibadah korban

7:13pm 18/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 32 views i-Muslim,Semporna,Tempatan
RAZAK (enam dari kanan) turut menyaksikan penduduk kampung bergotong royong melakukan penyembilahan lembu pada majlis korban tersebut

RAZAK (enam dari kanan) turut menyaksikan penduduk kampung bergotong royong melakukan penyembelihan lembu pada majlis korban tersebut.

SEMPORNA- Ibadah korban yang dilaksanakan oleh umat Islam diharap dapat dihayati sepenuhnya dan umat islam perlu melihat dari  perspektif yang luas bagi mereka  memantapkan tahap pengorbanan diri kepada agama, bangsa dan negara.

Menurut Ketua Usia bahagian Semporna Datuk Razak Tun Sakaran adalah amat penting bagi umat Islam memahami maksud dan pengertian di sebalik sejarah penting itu terhadap kehidupan seharian sebagai umat Islam sejati.

Katanya, menerusi kefahaman serta penghayatan yang mendalam berhubung amalan tersebut, ia bukan sahaja mampu mendorong seseorang itu untuk memiliki sikap serta jati diri mapan, malah memberi manfaat kepada masyarakat termasuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama umat Islam.

“Umat Islam perlu menghayati dan memahami pengertian ibadah korban dalam kehidupan seharian bagi membolehkan mereka mempunyai jati diri yang kuat bagi menghadapi cabaran semasa” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis korban bersama penduduk di kampung  Sum Sum Semporna dekat sini baru baru ini.

Menurut Razak yang juga Bendahari Umno bahagian Semporna masyarakat Islam pada hari ini berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran  menuntut masyaraka Islam agar lebih bersedia menghadapi segala kemungkinan masa depan sekali gus bersedia berkorban demi agama, bangsa, negara.

“ Bagi membina negara bangsa yang aman makmur dan terus membangun rakyat khususnya masyarakat Islam perlu bersatu padu dengan mengenapikan  sikap sikap negetif yang boleh membawa kepada perpecahan yang boleh menjejaskan masa depan negara” katanya.

Menurut beliau semangat hormati mengormati antara satu sama lain walaupun rakya di negara ini terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan merupakan eleman penting memelihara perpaduan dan merupakan perkara asas kepada pencapaian kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh negara selama ini.

Tambah Razak dalam aspek kemasyarakatan, individu yang sanggup berkorban bakal mewujudkan suasana yang bahagia, aman dan tenang di dalam sesebuah masyarakat. Sikap tolong menolong, saling bantu membantu akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.

“Sikap bekerjasama dan mengambil berat ini akan dapat mengikis perasaan mementingkan diri sendiri. Seterusnya ia bakal menjadikan umat Islam kuat serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat dari mempengaruhi masyarakat” Katanya-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan