Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umat Islam perlu bersatu, perbaiki amalan diri

Jamawi (tengah)
merakamkan gambar kenangan bersama pelajar tahfiz yang hadir sempena sambutan Maal Hijrah peringat daerah di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antanom. – Gambar SNT / Ehsan Jaafar Wahid

TENOM: Umat Islam disaran agar bersatu hati dan mengenepikan fahaman politik serta perbezaan pendapat  dalam semua pekara sekiranya benar-benar mahu menghayati pengertian Maal Hijrah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Jamawi Jaafar berkata, pada asasnya umat Islam perlu menjadikan Maal Hijrah setiap tahun sebagai kayu pengukur kepada amalan dan sejauhmana pencapian hijrah minda mereka.

“Umat Islam mesti bersatu dan jangan berpecah belah. Jadikan Maal Hijrah ini sebagai tekad kita untuk memperbaiki diri masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antanom.

Jamawi (dua dari kanan) menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah Daerah Tenom kepada Hassan Wasidi. – Gambar SNT / Ehsan Jaafar Wahid

Dalam majlis itu, pesara awam, Hassan Wasidi dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Tenom.

Turut disampaikan ialah anugerah masjid dan surau cemerlang 2017 yang dimenangi oleh Masjid An-Nur
Kampung  Makaniton dan Surau kampung  Nurul Jannah Kampung Pulang Atas.

Selain itu majlis juga turut diisi dengan ceramah yang menampilkan penceramah jemputan iaitu Ketua Belia USIA Bahagian Sandakan, Ustaz Mohamad Sufan Bahrin.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Belia USIA, umat Islam perlu menghayati pengertian hijrah untuk diterjemahkan dalam bentuk amalan, sikap, pemikiran dan pendekatan yang terbaik.

Tambah beliau lagi, hijrah sebenarnya bukan hanya satu peristiwa perpindahan jasmani semata-mata tetapi turut melibatkan perubahan, penambahbaikan diri dan masyarakat ke arah memartabatkan lagi Islam di mata dunia.

‘Pembinaan asas ini, haruslah bermula dengan membetulkan diri dari segi sikap dan pemikiran sebagai satu bentuk ‘jihad’ bagi melonjakkan nama baik Islam dalam pelbagai sudut,” katanya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan