Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umat Islam jangan biar diri diperalat

Musbah Jamli (tengah) menerima cenderahati daripada Pengerusi Majlis Tilawah Al-Quran Gari Itam (dua kiri) dalam majlis itu.
Musbah Jamli (tengah) menerima cenderahati daripada Pengerusi Majlis Tilawah Al-Quran
Gari Itam (dua kiri) dalam majlis itu.

KOTA BELUD – Usaha membangunkan sekolah agama dan mempergiatkan kelas-kelas fardhu ain dan Al-Quran akan diteruskan bagi melahirkan masarakat celik agama khusus dalam kalangan generasi muda.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Musbah Jamli berkata, langkah itu harus disusuli dengan menganjurkan majlis-majlis ilmu yang berkaitan seperti majlis tilawah yang disasarkan untuk membentuk generasi berilmu.

“Ini dapat dilakukan dengan menghayati dan menterjemahkan sepenuhnya ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW yang merupakan panduan serta azimat bagi umat Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran 1436H/2015M Peringkat Daerah Kota Belud di Dewan SMK Agama Tun Said, di sini semalam.

Musbah berkata, dalam zaman yang penuh cabaran dan era ledakan teknologi ini, umat Islam tidak boleh membiarkan diri dan masyarakat terus dibuai dengan budaya hedoisme dan gejala-gejala sosial lain.

Katanya, ini kerana ia bukan sahaja boleh melalaikan dan merosakkan akidah serta akhlak, malah perbuatan berhibur secara berlebih-lebihan boleh mengancam kesatabilan dan keselamatan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk itu berkata, umat Islam tidak boleh berdiam diri dan membiarkan mereka diperkotak-katikkan, sebaliknya perlu bangkit menentang prasangka dan tohmahan negatif terhadap Islam.

Beliau menegaskan, dalam erti kata lain bangkit bukan bermaksud memerangi dengan memikul senjata tetapi membuktikan tatacara dan perlakuan positif termasuk menolak amalan perlakuan tidak berperikemanusiaan.

“Sehubungan itu, marilah kita berusaha mengekalkan perpaduan dan kehormanian hidup yang selama ini telah kita nikmati, iaitu perpaduan dapat menjana kekuatandan keamanan sekaligus dapat menjamin pembanguan yang berterusan demi kesejahateraan semua,” ujarnya. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan