Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umat Islam elak anasir luar sebar ajaran sesat

Raime (empat, kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pada majlis itu. - foto Kalawon Sawing
Raime (empat, kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang
pemenang pada majlis itu. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Umat Islam diingatkan agar tidak terpengaruh dengan ajaran yang bertentangan agama suci itu, sebaliknya perlu mendalaminya untuk panduan hidup yang lebih harmoni.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, dengan adanya panduan hidup berlandaskan ajaran sebenar Islam sudah tentu keamanan sedia ada akan terus berkekalan demi kebaikan generasi akan datang.

“Sebagai umat Islam yang bijak dan mementingkan perpaduan tanpa mengira bangsa dan agama sudah tentu segala anasir negatif yang boleh mencemarkan agama dapat dihindari,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Tenom dan Kemabong di Masjid An-Nur Kampung Makaniton, di sini semalam.

Raimi berkata, dengan adanya nilai-nilai murni diterapkan dalam diri setiap masyarakat Islam sudah tentu segala apa yang diinginkan untuk manfaat bersama akan tercapai terutamanya dalam menjana kemajuan pembangunan negara.

Katanya, dalam membentuk sebuah negara yang maju bukan hanya terletak dibahu pemimpin yang unggul dalam mentadbir negara akan tetapi memerlukan oraganisasi badan keagamaan yang mementingkan nilai-nilai murni untuk kebaikan sejagat.

Tambah beliau, pada masa kini terdapat pelbagai cabaran dihadapi negara antaranya wujud sebahagian kumpulan pelampau yang cuba memutar belit pemahaman rakyat kearah yang tidak baik.

Menurutnya, anasir berkenaan itu cuba memesongkan pemikiran rakyat ke arah yang bertentangan dengan ajaran agama seolah-seolah apa diperjuangkan oleh mereka itu benar. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan