Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umat Islam Diseru Tingkat Amalan Dalam Bulan Ramadan – Ghapur

ghapur

TAWAU:  Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyeru umat Islam di negeri ini supaya sentiasa meningkatkan amalan kebaikan dan memperkukuh ukhuwah antara satu sama lain sempena bulan Ramadan.

Beliau berkata masyarakat Islam juga perlu terus mengimarahkan bulan yang penuh kemuliaan ini dengan pengisian yang bermakna dalam mengembangkan syiar Islam.

“Bulan Ramadan membawa cabaran kepada semua umat Islam untuk ‘berperang’ dengan anasir yang boleh meruntuhkan kekuatan hati sehingga akhirnya memberi kesan kepada pembentukan ummah yang sejati.

“Kekuatan jiwa yang diuji sepanjang Ramadan hakikatnya adalah landasan untuk umat Islam terus bersatu hati mengetepikan segala sifat mazmumah yang akhirnya membuka laluan untuk menjadi umat terbaik seperti yang dituntut dalam Al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk Kampung Kalabakan di Masjid Al-Muqaraba Kalabakan, dekat sini, malam tadi.

Katanya, dalam bulan Ramadan ini umat Islam juga hendaklah meningkatkan amalan seperti memperbanyakkan bacaan al-Quran, bersedekah, berzikir, solat sunat Tarawih serta bermuhasabah diri dengan menginsafi penderitaan yang dialami umat Islam khususnya di negara yang sedang bergolak.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan zakat kepada lebih 100 orang yang terdiri daripada balu, anak yatim, mualaf dan warga tua.

Komen


Berita Berkaitan