Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umat Islam diseru kembali ke landasan sebenar

 

KENINGAU: Sambutan Maulidur Rasul yang hendaklah dijadikan sebagai momentum untuk mempertingkatkan lagi usaha ke arah kehidupan yang lebih baik mengikut ajaran Islam.
Ketua Bahagian Umno Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, umat Islam perlu bangkit dalam konteks pembangunan minda, iman dan akidah.
“Umat Islam harus meninggalkan budaya kehidupan yang membawa kepada kerugian.. Sebaliknya kembali kepada landasan yang diajar dan diwasiatkan oleh Nabi Muhammad,” katanya semasa berucap merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kecil Sook di Dewan Tan Sri Joseph Kurup SK Sook dekat sini pada Khamis.
Sementara itu dua orang pesara guru iaitu Mat Ali Bonglah dan Abdul Karim Mosidin masing-masing menerima anugerah Imam Al Ghazali (Pendidik) dan Tokoh Umar Abdul Aziz (Pemimpin).
Sambutan itu turut diserikan dengan pertandingan perarakan sepanduk sejauh lebih dua kilometer yang bermula dari Dewan Masyarakat Sook sehingga ke SK Sook, bacaan ayat suci Al-Quran dan Intisari, persembahan nasyid serta ceramah Khas Maulidul Rasul. – oleh Kalawon Sawing / sayangsabah

MAULIDUR RASUL...  Ghani bersama umat Islam di Sook semasa dalam perarakan sejauh lebih dua kilometer dari Dewan Masyarakat Sook ke Dewan Tan Sri Joseph Kurup SK Sook. - foto Kalawon Sawing / sayangsabah
MAULIDUR RASUL… Ghani bersama umat Islam di Sook semasa dalam perarakan sejauh lebih dua kilometer dari Dewan Masyarakat Sook ke Dewan Tan Sri Joseph Kurup SK Sook. – foto Kalawon Sawing / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan