Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umat Islam Di Selatan Thai Solat Hajat Mohon Ramadan Yang Aman

pattani

PATTANI: Seramai 10 ribu orang umat Islam Thailand menyertai solat hajat anjuran bersama enam badan keagamaan di Masjid Jamek Pattani di sini hari ini untuk memohon kedamaian pada bulan Ramadan yang menjelang tiba.

Kebanyakan mereka adalah penduduk di wilayah-wilayah selatan berhampiran dengan sempadan Malaysia iaitu Pattani, Yala, Narathiwat, Satun dan Songkla.

Badan-badan yang bertindak sebagai penganjur ialah Majlis Agama Islam Lima Wilayah Pattani, Yala, Narathiwat, Satun dan Songkla, Dewan Ulama Fathoni, Persatuan Sekolah Pondok Lima Wilayah, Persatuan Sekolah Swasta Agama Islam Lima Wilayah, Markas Nurul Islam dan Persatuan Ikhwan.

Haji Weaderamae Matmingcik, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Pattani berkata umat Islam berharap Ramadan kali ini dihormati dan tidak berlaku perkara-perkara tidak diingini.

Pada tahun lepas, keganasan berkurangan berikutan proses dialog damai di antara wakil Kerajaan dengan Barisan Revolusi Nasional.

Komen


Berita Berkaitan