Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umat Islam Di Malaysia Sambut Aidilfitri 15 Jun

PUTRAJAYA – Umat Islam di seluruh Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 15 Jun ini, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Pengumuman khas rasmi mengenai tarikh permulaan 1 Syawal 1439 Hijrah tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi siaran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM)pada malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

“Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 15 Jun 2018,” kata beliau lagi.

Berdasarkan pengumuman berkenaan, umat Islam di negara ini hanya berpuasa Ramadan selama 29 hari sahaja malah tarikh Aidilfitri itu turut dirayakan serentak dengan jiran, Singapura dan Brunei.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara penetapan tarikh berkenaan adalah berdasarkan kepada rukyah (melihat anak bulan) serta hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). – Mynewshub.cc/HAA

Komen


Berita Berkaitan