Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umat Islam amalkan budaya membaca Al-Quran setiap hari

Uda Sulai (dua dari kiri) dan Bongsu Aziz (tengah) bersama jemaah Masjid Nurul Iman dalam Program 1 Jam Bersama Al-Quran sempena World #QuranHour. – Gambar SNT / ehsan Perhubungan Awam DUN Petagas

PUTATAN: Umat Islam di negeri ini perlu memupuk budaya mencintai dan membaca Al-Quran setiap hari tanpa mengira waktu.

Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Uda Sulai berkata, dengan teknologi sedia ada seperti kemudahan akses internet dan aplikasi telefon pintar, umat Islam digalakkan untuk terus membaca kitab suci agama Islam itu sepanjang masa.

Uda berkata, kewujudan teknologi canggih masa kini bukan lagi alasan buat umat Islam di seluruh dunia untuk tiada mempunyai waktu terluang membaca Al-Quran.

“Kita tidak boleh memandang ringan isu ini kerana sebagai umat Islam yang beriman, amalan membaca Al-Quran bukannya dilakukan pada masa tertentu sahaja seperti majlis keramaian, rasmi atau sebagainya tetapi perlu diamalkan setiap masa.

Uda menyampaikan cenderakenangan kepada salah seorang jemaah Masjid Nurul Iman yang menyertai Program 1 Jam Bersama Al-Quran sempena World #QuranHour. – Gambar SNT / ehsan Perhubungan Awam DUN Petagas

“Kalau kita boleh cenderung menggunakan teknologi seperti telefon pintar atau komputer riba setiap hari, apa kata luangkan masa membaca Al-Quran sekaligus dapat juga meningkatkan iman masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program 1 Jam Bersama Al-Quran bagi mewakili Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Mokhtar di Masjid Nurul Iman, Taman Pantai Lok Kawi, Lok Kawi, hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bongsu Aziz Jaafar dan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Sabah, Samin Ongki.

Seramai 200 jemaah Masjid Nurul Iman, Taman Pantai Lok Kawi menghadiri program berkenaan sempena World #QuranHour (WQH) yang turut disambut di seluruh negara. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan