Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Umat Islam Akhirnya Ikut Telunjuk Barat (Bahagian 1)

Gambar Hiasan

 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun kalian pasti akan mengikuti mereka.” Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Hadith riwayat Musim – Sahih)

Sejengkal demi sejengkal umat Islam akhirnya mengikut telunjuk barat.

Itulah gambaran yang diberikan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas tentang keadaan umat Islam selepas kewafatan Baginda.

Bidang pendidikan tidak terkecuali malah pendidikan sekular barat yang telah membarah dalam sektor pendidikan memberikan impak yang luar biasa kerana pepatah ada menyebut bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Apabila acuan yang dipilih adalah acuan barat, maka wajarlah apabila generasi yang tercetak juga adalah kebaratan.

Persoalannya yang harus bermain dalam benak kita ialah, adakah wajar umat Islam redha dengan pendidikan acuan barat ini?

Adakah kita tidak melihat generasi kini yang terhasil atas acuan sekular barat ini sedang rosak seperti rosaknya generasi di belahan dunia barat?

Tidak adakah pendidikan alternatif yang boleh menggantikan pendidikan sekular yang ada pada hari ini?

Pendidik Terbaik

Semua persoalan ini dapat dijawab dengan baik apabila kita meyakini bahawa Islam adalah agama yang sempurna dan mampu mengatur kehidupan manusia dengan sempurna.

Allah telah berfirman: “Pada Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu, dan telah Aku sempurnakan nikmat-Ku, dan Aku redha Islam sebagai agama bagimu sekalian.” (Surah Al-Maidah 5:3)

Oleh itu, Islam yang sempurna ini juga menyediakan peraturan dalam berpendidikan.

Islam memandang menuntut ilmu sebagai kewajipan dan hak setiap individu muslim.

Negara wajib menyediakan peluang dan ruang yang terbaik untuk setiap individu agar setiap individu dapat melaksanakan kewajipan mulia ini.

Negara juga harus menyediakan bahan bantu mengajar terbaik, guru-guru yang terbaik dan silibus yang terbaik dan menepati matlamat pendidikan dalam Islam.

Matlamat pendidikan dalam Islam adalah untuk melahirkan muslim yang berkeperibadian terpuji (syakhsiyah mutamayyizah) (Abu Yasin, Usus at-Ta’lim fi Daulah al-Khilafah).

Seseorang dikatakan berkeperibadian terpuji apabila memiliki aqliyah (pola berfikir) dan nafsiyah (pola sikap) yang bersandar pada akidah Islam.

Ini bermaksud matlamat pendidikan dalam Islam adalah untuk melahirkan individu masyarakat yang berfikir bersandarkan hukum-hukum syara’ dan bertingkah laku menepati hukum syara’.

Individu yang memiliki hanya aqliyah Islam namun nafisyahnya bukan nafsiyah Islam, maka individu tersebut tidak dianggap berkeperibadian terpuji.

Pendidikan terbaik akan memastikan dua elemen ini dipenuhi bagi menghasilkan individu muslim yang bertakwa.

Pendidikan terbaik ini akan menjadikan akidah Islam sebagai asas pengajaran di dalam kelas di semua peringkat pendidikan.

Ini bermaksud setiap pendidik haruslah merangsang akal para pelajar agar sentiasa berfikir berlandaskan akidah Islam.

Setiap mata pelajaran yang diajarkan termasuklah sains, fizik, kimia, biologi dan lain-lain akan mampu membentuk generasi muslim yang terbaik apabila para pelajar mampu melalui proses berfikir yang benar.

Pendidikan terbaik juga memastikan setiap pelajar mendapat peluang pendidikan dalam bidang agama dengan seluas-luasnya.

Pendidikan terbaik akan memastikan setiap institusi pendidikan sama ada sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti mewajibkan Bahasa Arab, Tafsir Quran, Ilmu tajwid, Muamalat, Ibadah dan lain-lain dikuasai oleh setiap individu.

(Sumber: iluvislam.com oleh Aisyah Mohamad)

Komen


Berita Berkaitan