Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ular tedung kehausan mengamuk

Petika rakaman video menunjukkan ular minum air yang diberi kepadanya.

New Delhi: Seekor ular tedung yang kelihatan marah ketika memasuki perkampungan Kaiga di ngeri Karnataka, selatan bandar raya ini, sebenarnya dahaga akibat kemarau berpanjangan di wilayah berkenaan.

Dalam rakaman video yang disiarkan baru-baru ini, ular berkenaan kelihatan tenang minum air dari botol yang dituang seorang kakitangan agensi perlindungan hidupan liar yang dipanggil penduduk.

Lelaki itu dibantu rakannya yang mengawal ekor ular berkenaan menggunakan besi penangkap ular bagi mengelak kejadian buruk.

Ular sepanjang empat meter itu kemudian dibawa ke pusat perlindungan sebelum dilepaskan ke dalam hutan. – Daily Mail/HMetro

Komen


Berita Berkaitan