Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ular sawa jadi senjata

9:29am 25/03/2016 Pak Roshan 15 views Global

ular

Los Angeles: Seorang lelaki ditangkap selepas mencetuskan kekacauan di sebuah restoran sushi dengan melontar ular sawa sepanjang empat meter ke dalam kedai makan itu, mengakibatkan kakitangan dan pelanggan lari ketakutan.

Hiroshi Motohasi berang selepas pengurusan restoran melarangnya menunjukkan ular kecil dibawanya ke restoran Iroha Sushi of Tokyo, kata pekerja kedai makan itu.

Selepas selesai makan, Motohashi membayar bil berjumlah AS$200 (RM805) dan bergegas keluar dari restoran itu sebelum kembali membawa ular sawa kuning berkenaan yang dicampakkan ke dalam premis itu sambil menjerit memaki hamun kakitangan dan pelanggannya.

CBSLA melaporkan, ada pengunjung yang lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri dan kakitangan terus menghubungi polis serta bomba.

Kakitangan restoran berkata, mereka beberapa kali meminta Motohasi mengambil ular itu, tetapi dia tidak mengendahkannya.

Motohasi ditahan ketika cuba menangkap semula ularnya sebelum didakwa atas tuduhan membuat ugutan jenayah.

Jurucakap polis Los Angeles berkata, pihaknya menganggap kejadian itu ‘pergaduhan membabitkan ular yang besar.’

Katanya, tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan