Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ular sawa gemar bermain lilit, jilat budak

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Bulawayo, Zimbabwe: Biasanya ular adalah haiwan berbahaya dan mengancam nyawa namun kejadian menimpa penduduk Tshabalala dilaporkan amat pelik dan mengejutkan.

Menurut penduduk setempat, ada seekor ular yang gemar menghampiri kanak-kanak untuk dibelit dan dijilat sebelum menghilangkan diri ke dalam semak.

Insiden itu dilaporkan tersebar meluas di kalangan penduduk dan kebanyakan mereka mengesyaki ia ada kaitan dengan alam ghaib.

Menurut penduduk yang bimbang dengan kejadian itu, Abel Dube, seekor ular sawa menyasarkan mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak di kawasan kampungnya.

“Apa yang mengejutkan ia tidak menggigit mereka tetapi hanya membelit dan menjilat seluruh badan mereka sebelum melarikan diri.

“Kami menerima banyak laporan mengenai kejadian seumpama itu dan bimbang ia ada kaitan dengan amalan sihir,” katanya.

Untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini, penduduk setempat tidak lagi membenarkan anak mereka bermain di luar rumah. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan